KUALA LUMPUR: Kesan asap daripada pembakaran tembakau atau bahan terdapat dalam rokok menjadi punca utama kepada penyakit serius termasuk kanser paru-paru yang dihidapi perokok aktif dan pasif.
Perkara tersebut dibuktikan menerusi kajian dilaksanakan Institut Kanser Negara (NIH) Amerika Syarikat yang menunjukkan perbezaan kemudaratan di antara rokok tembakau dan produk alternatif seperti produk tembakau dipanaskan (HTP), rokok elektronik dan vape.
Kajian tersebut melaporkan, kandungan nikotin hanya akan menyebabkan ketagihan dan bukan punca utama kepada pelbagai penyakit berkaitan dengan asap rokok.
Nikotin adalah bahan yang diperoleh daripada keluarga tumbuhan solanaceae juga dikenali sebagai nightshades.
Bagaimanapun, apa yang membezakan di antara vape dan tembakau dipanaskan dengan rokok konvensional adalah kedua-dua produk alternatif tersebut tidak membakar mana-mana bahan yang terkandung di dalamnya.
Vape dan e-rokok memanaskan cecair nikotin berperisa untuk menghasilkan wap, manakala produk tembakau yang dipanaskan (HTP) memanaskan tembakau di bawah tahap pembakaran.
Oleh sebab tidak mengalami proses pembakaran, produk-produk tersebut tidak menghasilkan sebarang asap.
“Asap terhasil daripada aktiviti membakar rokok konvensional mengandungi lebih 7,000 bahan kimia asap tembakau, yang mana sekurang-kurangnya 250 daripadanya dikenal pasti memudaratkan termasuk hidrogen sianida, karbon monoksida dan ammonia (1,2 dan 5).
“Daripada 250 bahan kimia dikenal pasti memudaratkan yang terdapat dalam asap tembakau berkenaan, kami dapati sekurang-kurangnya 69 daripadanya menjadi penyebab utama kepada penyakit kanser,” kata NIH menerusi laporannya.
Pembakaran rokok konvensional akan menghasilkan asap toksin dan tar serta bahan-bahan kimia yang memudaratkan dalam asap tembakau yang mana merupakan punca utama kanser.
Apabila asap tembakau disedut, tar akan membentuk lapisan melekit di dalam bahagian paru-paru dan situasi itu akan merosakkan organ berkenaan serta boleh menyebabkan kanser paru-paru, emfisema serta lain-lain komplikasi kepadanya.
Tidak perlu bimbang, kaji kaedah berbeza galak rakyat berhenti merokok
Kita semua sedar tentang bahaya merokok, bagaimanapun ia sangat sukar untuk berhenti mesikpun kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif di peringkat nasional dalam membantu para perokok menghentikan ketagihan tersebut.
Dalam sebuah laporan media baru-baru ini, Timbalan Ketua Sekolah Klinikal Universiti Monash Johor Baru, Profesor Madya Dr Sivakumar Thurairajasingam ketika ditemui wartawan berkata, kerajaan tidak seharusnya bimbang untuk memasukkan produk kurang mudarat seperti e-rokok dan vape dalam usaha menggalakkan rakyatnya berhenti merokok.
Beliau berpandangan bahawa maklumat tepat dan jelas mengenai produk kurang mudarat tidak akan melangkaui usaha menghentikan tabiat merokok, sebaliknya dapat membantu dalam menguatkuasakan peraturan baharu mengenai kawalan produk berkaitan tembakau dan merokok.
Oleh demikian, jika kerajaan tidak mampu membendung ketagihan rokok tembakau, pengguna sewajarnya diberi alternatif yang boleh mengurangkan kemudaratan tersebut.
Seperti laporan berita disiarkan baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat supaya penguatkuasaannya dapat dimulakan, tahun depan.
Menerusi jawapan disiarkan di laman web Parlimen baru-baru ini, KKM memaklumkan telah membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangan rang undang-undang berkenaan dengan pindaan yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober tahun lepas.
Ia bagi menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanyakan mengenai garis masa kementerian untuk menggubal Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.
Wajar contohi kejayaan New Zealand, iktiraf peranan produk alternatif
Rang undang-undang itu telah digubal dengan bacaan kali pertama serta kedua dibuat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Rakyat ke-14 pada Ogos 2022.
Bagaimanapun, rang undang-undang berkenaan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk penelitian lanjut.
Bagaimanapun di New Zealand, Kementerian Kesihatannya mengiktiraf peranan produk-produk alternatif dalam usaha negara mencapai sasaran lima peratus pengurangan menjelang tahun 2025.
Menerusinya kerajaan turut menjalankan kempen-kempen bagi menggalakkan perokok dewasa beralih kepada produk alternatif untuk berhenti merokok.
Ini kerana alternatif kepada merokok tersebut dilihat mempunyai potensi pengurangan kemudaratan yang signifikan.
Perkara ini turut diberi penumpuan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang juga mengklasifikasikan HTP sebagai modifikasi kepada risiko produk tembakau.
Justeru itu, pengguna seharusnya diberi maklumat yang mencukupi dalam membolehkan mereka membuat keputusan sewajarnya.
Haikal Raman
Wed Mar 22 2023
Menurut Sivakumar, pengguna sewajarnya diberi alternatif yang boleh mengurangkan kemudaratan seperti e-rokok dan vape dalam usaha menggalakkan rakyat berhenti merokok. -Gambar fail/Unsplash
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.
Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.
New Zealand haramkan vape pakai buang
Di bawah peraturan baharu, denda bagi peniaga yang menjual rokok elektronik kepada mereka di bawah umur 18 tahun juga akan meningkat.
Segerakan undang-undang selamatkan generasi penagih nikotin
Ridzuan menyedari wajah kawannya sentiasa pucat, mata merah selain asyik berkhayal dan tidak fokus dengan situasi sekeliling.
Kempen advokasi kesedaran penyalahgunaan vape, rokok perlu dipertingkat - Pemadam
Pemadam bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape.
KKM mahu bentang RUU berkaitan kawalan merokok dengan segera
Kerajaan akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape.
Asap rokok punca utama penyakit berkaitan merokok, tiada korelasi dengan nikotin - NIH
Kandungan nikotin hanya akan menyebabkan ketagihan dan bukan punca utama kepada pelbagai penyakit berkaitan dengan asap rokok.
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Penggunaan 'vape' untuk rawat ketagihan rokok perlu dilihat secara meluas - Pakar
Sebahagian besar rakyat di negara inin masih terperangkap untuk mencari jalan keluar daripada masalah ketagihan merokok.